KEJADIAN ALAM DAN TEORI-TEORI MENGENAINYA
Apabila ditetapkan yang alam semesta ini bermula, bermakna sebelum daripada masa tersebut alam semesta ini tidak ada. Daripada tidak ada, alam ini kemudiannya diadakan oleh Allah Al-Khaliq. Persoalannya kini bagaimana alam ini bermula dan keadaan seperti yang kita alami Sekarang? Dua jawapan yang dikemukan oleh para pengkaji:
1. Teori Kejadian Alam
2. Kejadian Alam menurut Al- Quran
Teori Kejadian Alam
Tedapat banyak teori – teori yang muncul semenjak abad ke 17 lagi dan hingga kini manusia masih lagi mencari hakikat sebenarnya tentang asal usul mula alam ini, antaranya ialah:
1.Teori kant leplace
Teori ini dikemukakan sekitar pertengahan abad ke-18 oleh
Kant dan Laplace mengemukakannya pada akhir kurun ke-18. Menurut teori ini alam berasal daripada Kabus berupa bola raksasa. Suhu yang ada pada bola raksasa ini tersangat panas dan ia berputar mengelilingi matahari. Akhirnya ia menjadi dingin dan membeku. Ini membuatkan putarannya lebih cepat lalu membentuk cembung. Pembentukan ini menyebabkannya terlepas dari daya tarik pusat lalu membentuk ‘cincin’ dan akhirnya patah lalu membentuk planet-planet yang ada sementara Kabus induknya menjadi matahari.
click here download
2. Teori Chamberlain dan Moulton (Teori Kabus pilin)
Teori ini beranggapan bahawa sistem matahari pada satu masa dahulu berupa Kabus yang berpilin. Ia terdiri dari kumpulan benda-benda yang padat lagi kecil yang dinamakan sebagai
planetesimal. Suhu pada benda tersebut dingin. Bagaimanapun lantaran terjadinya perlanggaran antara satu sama lain ia berubah menjadi panas dan kesan daripada perlanggaran itu, terjadinya putaran. Pada masa yang sama berlaku pula penggabungan terhadap benda-benda itu berdasarkan hukum Newton dan akhirnya terbentuk sistem suria kita. Matahari terletak di pusat Kabus pilin, sementara sembilan planet yang lain mengelilinginya.. Pada waktu itu bumi masih berupa gumpalan kecil ia bersuhu dingin dan setelah mengalami perlanggaran keadaannya semakin panas. Air yang terdapat pada
planetesimal itu mengewap dan lantaran adanya daya tarikan bumi ia ditarik kembali bagi membentuk atmosfera bumi.
click here download
3. Teori Jeans & Jefferys
Dua orang sarjana British ini mengumukakan teorinya yang dikenali sebagai
teori pasang.
Teori ini beranggapan bahawa pada mulanya alam ini, Matahari dan palnet-planet yang lain hanya satu gumpalan sahaja. Kemudian terjadi satu benda angkasa yang besar mendekati gumpalan tersebut dan terjadilah daya tarik menarik sesuai dengan hukum Newton. Daya tarikan itu menyebabkan sebahagian daripada gumpalan yang besar itu terpisah, maka terbentuklah planet-planet.
click here download
4. Teori O. Smith
Teori ini beranggapan bahawa kelompok benda-benda langit yang ada dalam sistem suria ini pada suatu masa dahulu berupa debu. Matahari yang merupakan gumpalan dalam galaksi itu menarik sebahagian debu-debu itu. Gerakan yang terjadi tidak teratur dan menghasilkan gerakan yang membentur. Daripada benturan itu pula sering terjadi perlanggaran dan bahagian yang lebih besar menarik bahagian yang lebih kecil sehingga terjadinya planet-planet. Benturan yang terjadi itu akhirnya membentuk putaran atas paksinya sendiri dan disamping adanya daya tarikan matahari, terjadilah gerakan planet-planet itu mengelilingi matahari.
click here download
5. Teori ‘Steady State’
Juga dikenali sebagai
Teori Keadaan Tunak. Teori ini beranggapan bahawa alam semesta ini sudah ada selamanya dalam susunan yang seperti yang ada sekarang ini dan zat-zatnya terus menerus terbentuk. Alam ini menurut mereka adalah ciptaan yang selanjar yang bermaksud yang sentiasa berkembang dan jirim-jirim baru terbentuk sepanjang masa untuk menstabilkan kemampatannya. Bagi para pendokong teori ini, mereka beranggapan alam semesta ini tidak mempunyai permulaan dan tidak ada akhiranya. Teori ini diperkenalkan oleh
Herman Bondi, Thomas Gold dan Fred Hoyle sekitar tahun 1948.
click here download
6.Teori Awan Debu (van Weizsaecker)
Pada tahun 1940 seorang ahli astronomi Jerman bernama Carl von Weizsaeker mengembangkan suatu teori yang dikenal dengan Teori Awan Debu (The Dust-Cloud Theory).Teori ini kemudian disempurnakan lagi oleh Gerard P.Kuiper (1950),Subrahmanyan Chandrasekhar,dan lain-lain.
click here download
7.Teori ayunan(oscillating teory)
Mengutarakan bahawa alam semesta ini tetap dalam keadaan mengembang dan mengecil dalam jangkaan masa ribuan juta tahun. Tetapi teori ini tidak menyentuh tentang bagaimana terbentuknya ala mini sebaliknya menyebut perihal lakuan alam semesta setelah ia tercipta.
click here download
8. Teori Letupan besar (Big bang Theory)
Dikemukan oleh
George Gamow. Teori ini beranggapan bahawa alam semesta ini bermula dengan berlakunya ledakan yang maha besar melalui sebuah Bola api. Bola api ini bersaiz lebih kecil dari atom tetapi mempunyai suhu yang amat tinggi sehingga jutaan kali lebih panas daripada matahari. Ledakan tersebut disebabkan terdapat tenaga yang terpendam di dalamnya.
Setelah terjadi ledakan besar ini, terjadi peningkatan yang amat tinggi kepada suhu dan kepadatan alam semesta. Serpihan serpihan yang bertaburan itu berterbangan dan bertaburan kesemua arah dari titik singular dengan kelajuan menghampiri halaju cahaya. Bahan-bahan ledakan yang mempunyai suhu jutaan trilion darjah Celsius itu berupa campuran jirim dan bukan jirim yang mengembang.
Setelah 0.001 saat, atom pecahan tadi mula membentuk proton dan neutron yang sangat tinggi suhunya dan dalam jangkamasa tiga minit hinggá 300 000 tahun setelah ledakan pertama terjadi, proton dan neutron membentuk atom dari Nitrogen dan Helium dibentuk lalu membentuk struktur kosmik yang berupa gas. Setelah 500 juta tahun, gas tadi mula membentuk cakrawala. 10.5 bilion tahun kemudian terbentuk pula solar sistem dan bumi yang merupakan tempat kehidupan pertama setelah 11 billion tahun.
Teori ini dikembangkan oleh
Edwin Hubble setelah mendapat ilham dari teori yang dikemukakan oleh
Gamow, pada tahun 1929. Andaian ini dibuat oleh Hubble selaku Astronomer setelah beliau mengamati bintang-bintang dan galaksi-galaksi yang sifatnya sedang bergerak saling menjauhi bumi seperti serpihan yang sedang berterbangan setelah berlakunya satu ledakan persis sebutir bom.
Zakaria Awang Soh menulis berhubung dengan asal mula alam semesta ini bermula daripada satu bahan yang tunggal dan homogen iaitu sama dengan bahan kamilan padu yang dinyatakan dalam Surah Al-Anbiya ayat 30. bahan ini mempunyai keamatan yang amat tinggi dan tidak terhingga.
Asimov [1982] menyatakan: “ pada tahun 1927, ahli matematik Belgium
Abbe Georges Edouard Lemaitre menyarankan bahawa semua jirim asalnya datang daripada satu telur cosmos yang mempunyai kepadatan yang amat sangat, yang meledak dan melahirkan alam semesta yang kita ketahui pada hari ini.
Teori Big Bang ini tidak dipersetujui oleh ramai saintis. Mereka mempersoalkan jika ada letupan mesti ada kesan radiasinya?. Pada tahun 1992, NASA telah melancarkan sensor yang sangat peka COBE ke ruang angkasa bertujuan mencari kesan tersebut dan ia berjaya menangkap beberapa gambar bukti bahawa wujudnya ksan radiasi tersebut dan telah menafikan teori-teori sebelum ini. Penemuan terbaru ini merupakan penjelasan secara ilmiah bagi fakta bahawa alam semesta ini terjadi dari asal ketiadaan. Fakta yang baru ditemui ini sebenarnya telah dikhabarkan kepada kita 1400 tahun lampau di dalam Al-Quran. Jawapan tepat hanya pada Pencipta-Nya iaitu Allah.
click here download
“ Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum [sebagai benda yang satu], lalu kami pisahkan antara keduanya?. Dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”. Al-Quran 21:30 (Surah Al-Anbiya)
“[Ingatlah] pada hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran kertas. Sebagaimana Kami memulai penciptaan pertama, begitulah kami akan ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh kami, sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.” Surah Al-Anbiya’ ayat 104.
“Aku tidak menghadirkan mereka untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak pula penciptaan diri mereka, dan tidaklah Aku mengambil orang-orang sesat itu sebagai pembantu.” Surah Al-Kahfi ayat 51
ALAM SEMESTA MENURUT QURAN
Quran secara explicit menyatakan bahawa alam semesta ini dijadikan oleh Allah Taala. Ayat Quran Surah Al-Sajdah ayat 4 menyebut:
“ Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy”.
Konsep hari yang disebut dalam ayat di atas sebanyak enam tidak merujuk kepada hari seperti yang difahami oleh kita pada hari ini. Ia merujuk kepada hari yang sesuai dengan masa mula alam ini terjadi dan berakhir dalam ketentuannya yan tersendiri. Hal ini dijelaskan oleh
Syeikh Fadhlalla Haeri seperti berikut:
“ Yawn is a day, a day is a sequence in time that has a beginning and an end and has it own particular characteristics. A day from the Quranic point of view is a period of a different states. The morning is different from the afternoon and the beginning is different from the end.”
S
.A. Mabud menegaskan bahawa konsep enam hari [sittati ayyam] yang di sebut dalam ayat di atas merujuk kepada hari dan masa di sisi Allah Taala, bukannya seperti fahaman kita hari ini. Ia boleh jadi lama dan boleh jadi singkat.
Benarlah ketika Allah menyebut dalam firman-Nya.
“ Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit ketika itu masih merupakan asap..” [ Fussilat 41:11].
Istilah ‘dukhan’ merujuk kepada sesuatu yang terhasil berupa asap, Kabus ataupun gas. Jadi ayat di atas antara lain memberi penjelasan tentang asal langit itu berupa asap atau gas. Daripada bahan-bahan inilah terbentuknya langit dan kemudiannya di pisahkan. Ayat Quran 21: 3 menyebut:
“ Tidakkah orang-orang kafir itu mengetahui bahawa langit-langit dan bumi asalnya satu gumpalan, lalu kami pisahkan antara keduanya, dan kami jadikan dari air itu segala sesuatu yang hidup, apakah mereka tidak beriman?”.
Menurut ayat di atas, semua zat benda yang ada di bumi dan di langit [matahari, bulan, planet-planet serta bintang-bintang] semuanya berasal dari satu benda, kemudian dipisahkan ole Allah lalu menjadi benda-benda cosmos. Ini juga membawa erti bahawa bahan-bahan asas yang ada di alam ini mengandungi unsur-unsur yang sama. [A.R. Syahab, Assamawaat, penerbit C.V. karunia,1977, hlm. 107.] Perbezaan yang berlaku adalah setelah bahan-bahan asas itu bertindak balas dalam masa yang lama dan berubah menurut kesesuaian tempatnya tanpa menghilangkan bahan asasnya sama sekali.
Kenyataan ayat di atas di sokong oleh penemuan saintifik sejak akhir-akhir ini. Prof. Yoshida Kozai, Pengarah Kaji Bintang di Tokyo mengungkapkan bahawa langit berasal daripada asap [dukhan]. Fenomena ini sudah dilihat kini dengan adanya satelit dan kapal angkasa yang dilancarkan untuk mengambil gambar-gambar tersebut secara lebih dekat. Daripada gambar sebuah bintang di langit ketika dalam proses dalam pembentukannya, terdapat di tengah-tengahnya asap yang menjadi bahagian bersinar daripada bintang tersebut. Di sekeliling bintang tersebut terdapat asap dan mengitari asap tersebut terdapat pula garis merah sebagai penunjuk bahawa suhu di situ sangat tinggi. Sebelumnya saintis menduga bahawa lagit berasal dari kabus tebal. Andaian tersebut tertolak sebab kerana sifat kabus adalah dingin dan beku sementara sifat asap adalah panas dan bergerak. Profesor ini terkejut apabila dihujahkan kepadanya bahawa kenyataan tersebut telahpun diungkapkan oleh Quran sejak lebih 1400 tahun lalu.
Peristiwa yang sama berlaku kepada Dr. Astrokh salah seorang pakar daripada NASA. Beliau berkata: “Kami telah melakukan banyak percubaan terhadap logam-logam yang ada di bumi. Tetapi satu-satunya logam yang membingungkan saintis sehingga kini ialah besi. Sifat kimianya memiliki ciri khusus. Untuk menyatukan atom elektron dan proton yang terdapat pada besi itu memerlukan kekuatan yang dahsyat yang mencapai 4 kali kekuatan yang ada pada panas matahari. Oleh kerana itu tidak mungkin besi tercipta di bumi, dan pasti memerlukan unsur asing yang datang ke bumi”. Apabila dibacakan kepadanya ayat Quran: “ Dan Kami turunkan besi yang ada padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia”. Surah Al-Hadid 57:25. Beliau berkomentar, “Kalimah ini tidak mungkin berasal dari ucapan manusia”.